Solat sunat terawih merupakan antara peluang bagi orang Islam untuk beribadah pada malam hari sepanjang bulan Ramadan.
Perkataan TERAWIH ini bermaksud REHAT yang disebabkan adanya rehat setiap kali selesai 4 rakaat solat ini. Hukum solat Terawih ini adalah SUNAT MUAKAD (yang sangat dituntut).
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu.
Hadis Riwayat Bukhari
Perkataan MENDIRIKAN MALAM RAMADAN itu ditafsirkan sebagai menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan melakukan solat Terwaih disamping amal ibadah yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir dll.
Solat Terawih Berapa Rakaat?
Terdapat perbezaan pendapat mengenai bilangan rakaat solat sunat Terawih. Keempat-empat mazhab berpendapat jumlah rakaat solat Terawih adalah sebanyak 20 rakaat.
20 Rakaat
Ia adalah berdasarkan kepada umat Islam pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang juga merupakan sahabat Nabi melakukan solat Terawih sebanyak 20 rakaat atas sebab diceritakan bahawa Nabi Muhammad saw solat Terawih sebanyak 20 rakaat. Oleh yang demikian, ijmak sepakat bahasa solat Terawih itu ditunaikan sebanyak 20 rakaat.
36 Rakaat
Ia merupakan amalan pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang turut menjadi amalan penduduk Madinah
8 Rakaat
Ia adalah berdasarkan kepada dalil
Saidatina Aisyah ra berkata, maksudnya: Rasulullah tidak pernah menambah pada bulan Ramadan atau bulan selain Ramadan lebih daripada 11 rakaat…
Hadis Riwayat Bukhari
Kesemua rakaat ini punya dalil dan sunnah. Tidak perlu adanya perbalahan mengenai bilangan rakaat solat Terawih ini kerana hukumnya sunat (iaitu bukan wajud atau fardu). Hal ini tercetus apabila tidak ada nas mahupun dalil secara langsung daripada Nabi Muhammad saw tentang bilangan rakaat solat Terawih.
Baca: (14) Koleksi Ayat Quran dan Hadis Nabi Tentang Malam Lailatul Qadar
30 Kelebihan dan Fadilat Solat Terawih Mengikut Malam
Terdapat sebuah hadis yang megatakan tentang fadilat serta kelebihan solat Terawih ini mengikut malam sepanjang bulan Ramadan. Hadis ini diriwayatkan daripada Saidina Ali bin Abi Talib ra.
- Keluar dosa orang mukmin sepertimana dia baru ldilahirkan. Segala dosanya diampunkan oleh Allah swt
- Diampunkan dosanya serta kedua orang tuanya
- Malaikat di bawah Arasy berseru agar terus melakukan solat Terawih
- Mendapat pahala umpama membaca kitab Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran
- Mendapat pahala seperti bersolat di Masjidil Haram, Majid Nabawi dan Masjidil Aqsa
- mendapat pahala umpama pahala malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur. Batu dan tanah turut mendoakan agar doampunkan dosanya
- Mendapat pahala umpama orang yang berjuang bersama Nabi Musa as melawan Firaun dan Hamman.
- Mendapat pahala Terawih umpama pahala Nabi Ibrahim
- Pahala dan mutu ibadah seperti Nabi Muhammad saw
- Mendapat kebaikan dunia dan akhirat
- Mati dalam keadaan bersih daripada dosa
- Muka yang bercahaya pada hari kiamat
- Aman sentosa daripada segala kejahatan dan keburukan pada hari kiamat kelak
- Malaikat bersaksi bahawa dia solat terawih
- Didioakan oleh para malaikat yang menanggung Arasy dan Kursi
- Terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
- Pahala terawih umpama pahala para Nabi
- Malaikat berseru ‘ Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah reda kepadamu dan kedua ibu bapamu’
- Ditinggikan darjahnya dalam taman Syurga Firdaus
- Mendapat pahala mati syahid dan orang solleh
- Dibinakan sebuah istana daripada cahaya untuknya dalam syurga
- Bebas daripada perasaan dukacita, kerisauan dan huru hara sewaktu di Padang Mahsyar
- Dibina sebuah kota untuknya dalam syurga daripada cahaya
- Diberi 24 doa yang mustajab dan dimakbulkan oleh Allah swt
- Terlepas dari azab seksa kubur
- Mendapat ganjaran pahala 40 tahun beribadah
- Dapat melintasi titian Siratul Mustaqim sepantas kilat
- Diberi seribu darjat di akhirat kelak
- Mendapat pahala seribu kali haji yang mabrur
- Memperoleh penghormatan daripada Allah swt
Perlu diingat, hadis ini tidak dapat dipastikan kesahihannya dimana ia tidak tercatat dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Oleh yang demikian, memadailah sekiranya kita bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad saw, maksudnya:
Sesiapa yang berqiam Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya diampunkan untuknya dosanya yang telah lalu.
Hadis Riwayat Bukhari
Bacaan Surah yang Boleh Dibaca Untuk Solat Terawih
Apa-apa ayat atau surah pun boleh dibaca sewaktu mendirikan solat sunat Terawih ini. Tidak kisah sama ada panjang atau pendek. ia bersifat bebas. Bahkan, membava satu potong ayat daripada mana-mana surah al Quran pun dibolehkan.
Terdapat juga masjid yang menetapkan untuk mengkhatamkan alQuran dalam masa sebulan sepanjang bulan Ramadan. Dengan kata lain, 1 malam 1 juzuk. Bagi yang tidak hafaz alQuran, ada juga masjid yang meletakkan kitab Al Quran bersaiz besar dihadapan imam bagi membolehkannya membaca surah yang diinginkan dengan lebih mudah.
Maka, bacalah apa yang mudah daripada al Quran.
Surah al-Muzzammil, ayat 20
Cadangan Surah yang boleh dibaca dalam Solat Terawih
Malam Ramadan 1 – 15
- Setiap rakaat pertama: Membaca surah at-Takatsur sehingga surah al-Masad
- Setiap rakaat kedua: Membaca surah al-Ikhlas
Malam Ramadan 16 – 30
- Setiap rakaat pertama: Membaca surah al Qadr
- Setiap rakaat kedua: Membaca surah at-Takatsur sehingga surah al-Masad