Surah Al Fatihah Rumi Bahasa Melayu

Surah Al-Fatihah adalah surah pertama dalam kitab suci al-Quran. Surah ini juga dikenali sebagai “Pembukaan” atau “Penghulu kepada al-Quran”. Ini kerana surah ini merupakan intipati ayat suci dalam kitab al-Quran dan mengandungi semua tema utama al-Quran.

Surah Al-Fatihah terdiri daripada tujuh ayat, yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Tiga ayat pertama memuji Allah dan menggambarkan sifat-sifat-Nya. Empat ayat yang selebihnya adalah doa kepada Allah untuk petunjuk dan pertolongan.

Surah Al-Fatihah adalah surah yang sangat penting dalam al-Quran. Ia dibaca dalam setiap solat, dan ia adalah surah yang baik untuk dihafal dan dibaca secara berkala. Ayat dalam surah ini mengingatkan tentang berkat Allah, rahmat-Nya, dan kuasa-Nya. Ia juga mengingatkan tentang keperluan kita untuk memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah yang Maha Esa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Surah Al Fatihah Dalam Ejaan Rumi

  1. Bismillah hir-rahmaa nir-rahim.
  2. Alhamdu lilahi robbil’alamin.
  3. Ar rahmanir-rahim.
  4. Maliki-yawmiddin.
  5. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain.
  6. Ihdinos sirothol mustaqim.
  7. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin
Baca: Surah Yusof Ayat 4 Rumi : Ayat Penyeri Wajah – Seri Muka
Surah Al Fatihah Rumi Bahasa Melayu
Baca: Testimoni Mizon First Essence Malaysia

Terjemahan Surah Al-Fatihah Bahasa Melayu

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
  2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Waktu Terbaik Membaca Surah Al Fatihah (Selain di dalam solat)

Sebelum Tidur

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membacanya (surah al-Fatihah ketika hendak tidur5 dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah An-Nas (Mu’awwidzatain), maka ia diamankan dari segala sesuatu kecuali mati” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Selepas Solat

Dari Uqbah bin Amir, ia berkata: Rasulullah SAW memerintahkan padaku untuk membaca Mu’awwidzatain (surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah An-Nas) di akhir solat (sesudah salam) – HR An-Nasai dan Abu Daud.

Ketika Sakit

Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca qul huwallahu ahad (surah Al-Ikhlas) dan mu’awidzatain (surah An-Naas dan Al-Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur) – Hadis Riwayat al-Bukhari

Baca: Tip Kurus: Kebaikan Green Tea / Teh Hijau

Kelebihan / Kebaikan / Manfaat Membaca Surah al-Fatihah

  • Untuk segala penyakit (Insyaallah), bersesuaian dengannya sebagai penghulu sebagai surah.
  • Untuk kebiasaan penyakit lupa
  • Menundukkan hati orang lain
  • Mengubati gigi yang sedang sakit dan lain-lain lagi.

Hadis Nabi SAW Tentang Surah Al-Fatihah

Nabi (ﷺ) bersabda: “Umm (Ibu) kepada al-Quran adalah Surah Al-Fatihah.” – Hadis Riwayat al-Bukhari

Nabi (ﷺ) bersabda: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul-Kitab (Surah Al-Fatihah).” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nabi (ﷺ) bersabda: “Allah telah memperbahagikan Surah Al-Fatihah kepada dua bahagian antara-Nya dan hamba-Nya, dan hamba-Nya akan mendapatkan apa yang dimintanya.” – Hadis Riwayat al-Nasa’i

Nabi (ﷺ) bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah surah terbesar dalam al-Quran.” – Hadis Riwayat Tarmidzi

Nabi (ﷺ) bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah penawar bagi semua penyakit.” – Hadis Riwayat Ad-Darimi

Carian Berkaitan: Surah Al Fatihah Rumi Bahasa Melayu