Surah Al Fil Rumi, Terjemahan, Ringkasan Tafsir, Kelebihan dan Pengajaran

Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana ia menceritakan tentang peristiwa serangan tentera bergajah oleh Abrahah ke atas Kota Mekah dalam usaha untuk menghancurkan Kaabah.

Surah yang mengandungi 5 ayat ini diturunkan di Mekah selepas surah al-Kafirun dan sebelum surah al-Qiyamah.

Surah Al Fil Rumi, Jawi dan Terjemahan Bahasa Melayu

Surah Al Fil Rumi, Terjemahan, Ringkasan Tafsir, Kelebihan dan Pengajaran

Surah Al Fil Rumi

  1. Alam Tara Kayfa Fa’ala Rabbuka Bi Ash-Haabil Fiil
  2. Alam Yaj’al Kaydahum Fi Tadhliil
  3. Wa Arsala Alayhim Thay-Ran Abaabiil
  4. Tarmiihim Bi Hijaaratin Min Sijjiil
  5. Faja’alahum Ka Ashfinma-Akuul.

Terjemahan Bahasa Melayu Surah Al Fil

  1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Rabbmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?
  2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia.
  3. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.
  4. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar.
  5. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)?

Ringkasan Tafsir Surah Al Fil: Kelebihan dan Pengajaran

Asasnya, surah ini menjelaskan tentang kemuliaan Tanah Suci Mekah dan Kaabah. Ia menjadi tanda kemuliaan Kaabah di sisi Allah swt sehingga Dia membinasakan mereka yang berniat untuk menghancurkannya. Dalam surah ini juga, dinyatakan amaran tentang bahayanya sifat hasad dengki terhadap seseorang dimana, ia merujuk kepada kisah Abrahah yang dengki dengan kemuliaan Kaabah.

Kisah adalah salah satu dari nikmat yang dengannya Allah menguji kaum Quraisy, iaitu mereka terselamat daripada pasukan Gajah yang telah bertekad untuk menghancurkan Kaabah serta menghilangkan tapak keberadaannya.

Allah membinasakan dan menghinakan mereka, menggagalkan usaha mereka, menyesatkan perbuatan mereka, serta mengembalikan mereka dengan membawa suatu kegagalan yang memalukan. Mereka adalah kaum Nasrani. Agama mereka pada saat itu lebih dekat dengan agama kaum Quraisy, iaitu penyembah berhala.

Namun peristiwa itu termasuk tanda sekaligus pendahuluan bagi pengutusan Rasulullah saw. Menurut pendapat yang paling populer, pada tahun itulah Baginda dilahirkan. Secara tersirat, Allah swt berfirman: “Kami tidak menolong kalian, wahai sekalian kaum Quraisy, untuk mengalahkan kaum Habsyi, kerana posisi kalian yang lebih baik daripada mereka, akan tetapi Kami menghancurkan mereka untuk memelihara Baitul ‘Atiq (Ka’bah) yang akan sentiasa Kami muliakan, agungkan, serta kami hormati melalui pengutusan seorang nabi yang ummi (iakni tidak dapat membaca dan menulis), Muhammad saw, penutup para nabi.