Surah Ar Rahman PDF, Rumi, Kelebihan – Terjemahan Bahasa Melayu

Surah ar Rahman (Yang Maha Pengasih) merupakan surah yang ke 55 dan berada dalam juzuk 27 dalam al-Quran. Surah yang diturunkan di Mekah ini mempunyai 78 ayat, 352 kalimah dan 1585 huruf.

Surah ini dinamakan sebagai AR RAHMAN kerana Allah swt memulakan surah ini dengan nama-Nya. Secara ringkasnya, surah ini menjelaskan tentang

  • Seruan terhadap hamba-hamba-Nya untuk beriman kepada Allah swt.
  • Perihal nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hamba-Nya di dunia dan akhirat.
Surah Ar Rahman PDF, Rumi, Kelebihan - Terjemahan Bahasa Melayu

KLIK: Surah Ar Rahman PDF (Download)

Apa yang istimewa pada surah ini ialah, Allah swt telah menyebut sebanyak 31 kali kalimah Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan (Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

  • 8 kali disebut berselang dengan ayat-ayat keajaiban ciptaan Allah serta kekuasaan ciptaan-Nya, juga permulaan dan pengakhiran makhluk
  • 7 kali disebut berselang dengan ayat tentang neraka dan seksaannya
  • 8 kali disebut berselang dengan ayat tentang 2 Syurga
  • 8 kali disebut tentang 2 lagi syurga yang lain.

Mengenai nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt, surah ini telah dimulakan dengan satu nikmat yang paling tinggi kedudukannya iaitu nikmat pengajaran al-Quran (ayat 2). Penyebutan nikmat pengajaran al Quran ini bahkan mendahului tentang nikmat penciptaan manusia serta lainnya.

Daripada Jabir ra, dia berkata, maksudnya: “Nabi saw pernah keluar menemui para sahabatnya, lantas baginda membacakan atas mereka surah ar Rahman, dari awal sampai akhir, dan mereka terdiam.

Lalu baginda bersabda: ‘Sesungguhnya aku membacakannya kepada jin pada suatu malam (saat beliau berdakwah kepada) jin, dan mereka lebih baik responnya daripada respon kalian. Setiap aku sampai pada bacaan: ‘Maka nikmat Rabbmu yang manakah yang kamu dustakan?’ mereka mengucapkan: ‘Tidak ada sesuatu pun nikmat-Mu yang kami dustakan, wahai Rabb kami dan segala puji hanya bagi-Mu.'”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Baca: Tanda Kiamat yang Disebut Rasulullah, Orang Bodoh dan Jahat Jadi Pemimpin

Surah Ar Rahman Rumi

  1. Ar Rahmaan
  2. ‘Allamal Quran
  3. Khalaqal insaan
  4. ‘Allamahul bayaan
  5. Ashshamsu walqamaru bihusbaan
  6. Wannajmu washshajaru yasjudan
  7. Wassamaaa’a rafa’ahaa wa wada’al Meezan
  8. Allaa tatghaw fil meezaan
  9. Wa aqeemul wazna bilqisti wa laa tukhsirul meezaan
  10. Wal arda wada’ahaa lilanaam
  11. Feehaa faakihatunw wan nakhlu zaatul akmaam
  12. Walhabbu zul ‘asfi war Raihaan
  13. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan
  14. Khalaqal insaana min salsaalin kalfakhkhaar
  15. Wa khalaqal jaaan mim maarijim min naar
  16. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan
  17. Rabbul mashriqayni wa Rabbul maghribayn
  18. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan
  19. Marajal bahrayni yalta qiyaan
  20. Bainahumaa barzakhul laa yabghiyaan
  21. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan
  22. Yakhruju minhumal lu ‘lu u wal marjaan
  23. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan
  24. Wa lahul jawaaril mun sha’aatu fil bahri kal a’laam
  25. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  26. Kullu man ‘alaihaa faan
  27. Wa yabqaa wajhu rabbika zul jalaali wal ikraam
  28. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  29. Yas’aluhoo man fissamaawaati walard; kulla yawmin huwa fee shaan
  30. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  31. Sanafrughu lakum ayyuhas saqalaan
  32. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  33. Yaa ma’sharal jinni wal insi inis tata’tum an tanfuzoo min aqtaaris samaawaati wal ardi fanfuzoo; laa tanfuzoona illaa bisultaan
  34. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  35. Yursalu ‘alaikumaa shuwaazum min naarinw-wa nuhaasun falaa tantasiraan
  36. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  37. Fa-izan shaqqatis samaaa’u fakaanat wardatan kaddihaan
  38. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  39. Fa-yawma’izil laa yus’alu ‘an zambiheee insunw wa laa jaann
  40. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  41. Yu’raful mujrimoona biseemaahum fa’yu’khazu binna waasi wal aqdaam
  42. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  43. Haazihee jahannamul latee yukazzibu bihal mujrimoon
  44. Yatoofoona bainahaa wa baina hameemim aan
  45. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  46. Wa liman khaafa maqaama rabbihee jannataan
  47. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  48. Zawaataaa afnaan
  49. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  50. Feehimaa ‘aynaani tajriyaan
  51. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  52. Feehimaa min kulli faakihatin zawjaan
  53. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  54. Muttaki’eena ‘alaa furushim bataaa’inuhaa min istabraq; wajanal jannataini daan
  55. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  56. Feehinna qaasiratut tarfi lam yatmishunna insun qablahum wa laa jaaann
  57. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  58. Ka annahunnal yaaqootu wal marjaan
  59. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  60. Hal jazaaa’ul ihsaani illal ihsaan
  61. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  62. Wa min doonihimaa jannataan
  63. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  64. Mudhaaammataan
  65. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  66. Feehimaa ‘aynaani nad daakhataan
  67. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  68. Feehimaa faakihatunw wa nakhlunw wa rummaan
  69. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  70. Feehinna khairaatun hisaan
  71. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  72. Hoorum maqsooraatun fil khiyaam
  73. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  74. Lam yatmis hunna insun qablahum wa laa jaaann
  75. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  76. Muttaki’eena ‘alaa rafrafin khudrinw wa ‘abqariyyin hisaan
  77. Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.
  78. Tabaarakasmu Rabbika Zil-Jalaali wal-Ikraam

Surah Ar Rahman Terjemahan Bahasa Melayu

  1. (Rabb) Yang Maha Pemurah
  2. Yang telah mengajarkan Al-Quran.
  3. Dia menciptakan manusia,
  4. Mengajarnya pandai berbicara
  5. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
  6. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
  7. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
  8. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
  9. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
  10. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
  11. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
  12. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
  13. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
  14. Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
  15. Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
  16. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  17. (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
  18. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  19. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
  20. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
  21. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  22. Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
  23. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  24. Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
  25. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  26. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
  27. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
  28. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  29. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
  30. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
  31. Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
  32. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  33. Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
  34. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  35. Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
  36. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  37. Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
  38. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  39. Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
  40. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  41. Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
  42. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  43. (Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.
  44. Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
  45. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  46. Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, –
  47. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  48. (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; –
  49. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  50. Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; –
  51. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
  52. Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
  53. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  54. Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
  55. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  56. Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
  57. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  58. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
  59. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  60. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?
  61. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  62. Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
  63. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  64. Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
  65. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  66. Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
  67. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  68. Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
  69. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  70. Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
  71. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  72. Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
  73. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  74. (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
  75. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  76. Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
  77. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
  78. Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.