Mandi merupakan perbuatan menuang air ke seluruh badan dengan cara tertentu. Berikut merupakan perkara-perkara yang apabila dialami, maka anda wajib mandi dengan cara tertentu sepertimana yang disyariatkan.
Perkara yang Mewajibkan Mandi Wajib – Junub – Hadas Besar
Pertama: Keluar air mani yang disertai syahwat. Samaada dalam keadaan sedar ataupun terjaga
Firman Allah swt, maksudnya: Dan apabila kamu junub, maka bersucilah (mandi) – Surah al-Ma’idah, ayat 6
Sama seperti lelaki, sekiranya bangun tidur dan melihat mani di pakaiannya, padahal dia merasa tidak mimpi melakukan hubungan persetubuhan, maka dia tetap wajib mandi.
- Cara Solat Berjemaah Bagi Wanita & Ciri Wanita Layak Jadi Imam
- 14 Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah Menurut Hadis
- Bayar Zakat Fitrah Guna Duit Atau Beras? Bila Perlu Bayar?
- Gambar – 50 Ayat Pickup Line Cinta
- Ganti – Qada Puasa, Kafarah dan Cara Kira Fidyah
Namun, tidak perlu mandi wajib jika:-
- Apabila air mani yang keluar dari wanita tanpa disedari syahwat, melainkan kerana sakit dan alasan lainnya, maka dia tidak wajib mandi. Air mani tidak keluar dengan memancar kecuali bila disertai syahwat.
Nabi Muhammad saw menerangkan kepada Ali ra, maksudnya: Jika engkau mengeluarkan mani dengan memancar kuat maka mandilah; – Hadis Riwyaat Abu Daud, An-Nasa’ie dan Ahmad
- Jika wanita bermimpi melakukan persetubuhan, akan tetapi ketika bangun tidak melihat mani. Oleh yang demikian tidak wajib mandi
Kedua: Bersetubuh. (walaupun tidak mengeluarkan air mani)
Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Apabila seorang lelaki telah duduk dalam posisi di antara 4 anggota tubuh wanita, lalu melakukan persetubuhan dengannya, maka wajiblah mandi. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Kebanyakan ulama mengatakan bahawa apabila batang kemaluan (zakar) lelaki telah masuk ke dalam kemaluan wanita (faraj) maka keduanya wajib mandi wajib. Samaada mengeluarkan air mani ataupun tidak.
Ketiga: Haid dan Nifas
Daripada Aisyah ra, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda kepada Fatimah bintu Abu Hubaisy, maksudnya: Jika masa haid tiba, maka tinggalkanlah solat, dan jika masa hadi berakhir, maka mandi dan kerjakanlah solat. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Para ulama sepakat bahawa hukum mandi wajib bagi darah nifas juga sama seperti darah haid.
Keempat: Wanita kafir yang hendak masuk Islam
Qis bin Ashim bahawa ketika dia memeluk Islam, Nabi Muhammad saw menyuruhnya mandi dengan air yang dicampur dengan sidr (daun pewangi) – Hadis Riwayat An-Nasa’ie, at Tirmidzi, Abu Daud
Kelima: Saat Meninggal Dunia
Kewajipan ini dipertanggungjawabkan kepada kaum wanita muslimah yang berada berdekatan dengan jenazah.